TIPS UNTUK MENINGKATKAN SUSU IBU

Ari ni faz nak share 11 tips untuk meningkatkan penghasilan susu ibu..walau pun dah lama xbf anak, dari pengalaman lalu dan pembacaan terasa plak nak sharing ngan kawan2 yg tengah BF baby. Walau apa pun tipsnye,  nak diingatkan, basic mesti kene tau iaitu SUPPLY vs DEMAND makin bnyk demand, makin tinggi supplynye..so basic tuh kene ingat ye..jom tgk tips2 lain plak :

1. Kerapkan Menyusu / Mengepam
  • Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.  
  • Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerahan susu. 
  • Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
  • Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini. 
2. Jangan Tunggu Payudara Penuh 
  • Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!
  • Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. 
  • Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara “kosong”), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.
3. Minum banyak Air 
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

4.  Fikir Bayi Fikir Susu 
  • Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
  • Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin…
5. Berdisiplin
 
Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali “ponteng” sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam… masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7. Bagi yg bekerja weekdays di hujung minggu kene jugak berdisiplin walaupun anak mmg ada depan mata kita.

6. Tandem Pumping
Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.

7. Teknik Marmet

Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 – 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampk sikit, tapi ada beza tuh…
 
8. Menyusu / mengepam Lebih Lama 
 
  • Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya. 
  • Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
  • Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah
9. Penyusuan Malam 
 
Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

10. Urutan 
Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.
 
11. Pengambilan suplemen  
Dibolehkan tetapi pastikan ia daripada bahan alami yang tidak menyebabkan bayi mengalami kembung perut. Antaranya…




Pengambilan vitamin - vitamin :
Vita-Lea
Vita-C
B-complex
Alfalfa
Energizing Soy Protein (ESP)
Ostematrix(Calcium/Magnesium) 
 

B- Complex
* B Complex Shaklee mengandungi semua 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan kita termasuk asid folik. B Complex penting untuk metabolism dimana menukarkan makanan kepada tenaga, meninggikan sistem pertahanan badan, mengimbangi hormon, membantu mengurangkan stress dan bertindak sebagai penenang. Ianya juga membantu mengelakkan kulit kusam.

Vitamin C (Sustained Realesed Vita C)
* Vitamin C Shaklee bertindak sebagai anti-oksidan. Ianya juga mencegah kelenjar daripada rosak & berdarah, penting untuk pembentukkan kolagen (hasilkan kulit cantik dan mulus). Ia juga penting untuk meningkatkan system imun. Keunikan vitamin C Shaklee ialah, ia Sustained Released iaitu dilepaskan secara perlahan-lahan. Percaya atau tidak, Vitamin C ini benar-benar membantu mengurangkan/menghilangkan stretch marks! Alhamdulillah berkat mengamalkan vitamin c sejak mengandung, tiada stretch mark semasa mengandungkan Iman Ihsan walaupun saya amat malas pakai losen setiap hari

Vitalea (Multivitamin)
* Vita Lea Shaklee adalah multivitamin dan multimineral, yang mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian, formulasi lengkap dengan zat besi. Membekalkan tubuh ibu dengan nutrient yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Dilengkapi dengan zat besi yang amat diperlukan oleh ibu yang menyusukan anak.
Ia benar-benar membantu tumbesaran anak supaya berat badan seimbang dengan umur bayi.

Alfalfa (Milk Booster)
* Raja Segala Tumbuhan, sumber mikronutrion yang paling kaya, membuatkan sistem badan berjalan lancar, sebagai milk booster-bagi ibu-ibu yang menyusukan, membantu dalam hal kewanitaan termasuklah menyelesaikan masalah keputihan. 

Psn : Alfalfa tidak boleh diambil oleh pesakit SLE.

Energizing Soy Protien
* Komposisi utama susu ibu adalah protein, diikuti dengan kalsium, dan barulah vitamin, mineral, lemak dll.
Protien adalah makanan sel yang mana kita tahu 25% badan kita adalah protein, unsur kedua terbesar selepas air (75% badan kita adalah air). Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter. Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana iamengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian. Selain membantu dalam penysuan ibu, bayi cepat kenyang, protein juga membantu anjalkan kulit, elak payudara kendur.

Ostematrix
* Umum mengetahui Kalsium sangan penting dalam pembina darah, tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang enteng. Minumim 1000mg kalsium diperlukan dalam diet harian ibu menyusu. 1000mg bersamaan 1L fresh milk! Bayangkan anda perlu mengambil 1L fresh milk setiap hari, jika dicongak, Ostematrix jauh lebih jimat 



FAZLINA BT ROSLI (FAZ)
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
SHAKLEE ID : 869908
AREA SHAH ALAM
HP No. =019-3494550
Email = fazlina228711@gmail.com

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::




Comments

Popular Posts