Monday, 22 December 2014

Sepetang Di Pantai Teluk Ketapang

Balik dari makan gulai sabtu lepas dari pasir panjang saja round-round pantai. Dengarnyer hari jumaat tu kerang naik banyak kat pantai. Tapi xberani nak gi tengok. Orang memang ramai sungguh lah katanya. Jalan-jalan jumpa pulak orang jual jagung bakar. Lamanya tak makan jagung bakar. Berenti lah kejap husband kata. Kita duduk tepi pantai sambil makan jagung bakar. Best!... Tak tepi pantai sangat pun sebab si gemok kecik dah tido. So parking je lah tepi tu sambil tengok panatai dari jauh.  




Ombak ngan angin memang tinggi lah dan sangat lah kuat. Takut pun ada. Bak kata orang 'Kalau takut di lambung ombak jangan datang duduk Terengganu"... hahahaha.. Suka- suka je kan ubah. 

Habis dah makan jagung sambil-sambil minum air kopi ais... ahaks... sojuk teh kaw.. balik lah husband kata. Request lagi. nak lalu tepi airport. Sempat berenti tepi railway tp xsempat snap amik gamba tengok kapal terbang naik. Hahaha.. jalan-jalan sungguh lah petang ni.

Terus jalan gi Pantai Tok jembal. Husband nak tunjuk tempat mana bleh mandi laut. Kat area tempat kapal berlabuh. Tapi angin ngan ombak punyalah tinggi. Ku duduk je dalam kete. Takut nak kluar. Si kakak ngan abang yang turun. Siap amik gamba lagi. Dia xtau ombak kuat tu. Ibu dah menjerit-jerit suh naik kete. Nak balik mah. Gerun kot tengok ombak gitu. 





Kasi hadiah gamba sket. Ni lah dia orang jarang jumpa laut.





Si kakak yang xingat tu tangan dia sakit. Next time kita g jalan-jalan pulau plak ye. Tunggu cuaca ok sket. Huhuhuhu.






No comments:

Post a Comment