Membazir beli SR vitamin C

Salam pagi jumaat. Pagi ni nak share sket 1 info mengenai SR Vitamin C. Mungkin kita tak sedar membazirkan duit membeli vitamin secara tidak sengaja.

Saya selalu cerita kat sini bahawa Shaklee ada produk hebat iaitu Sustained Release Vita C Plus, di mana vitamin C kami dirumus dengan pembebasan berperingkat selama 5 jam.

Sustained release tu macam mana ye? Okey, setakat yang saya belajar, formula sustained release ada 2 jenis iaitu "small pellet type", dan "layer type".

Bagi "small pellet", kandungan vitamin akan dibebaskan pellet demi pellet mengikut turutan dan masa. Macam mana "pellet" tu tahu sekarang turn dia keluar? Dengan kehebatan teknologi perubatan, pakar boleh tentukan masa dan turutan pellet vitamin terbebas. Formula ini dinamakan "MATRIX"

"Layer type" lebih mudah untuk difahami kerana kita boleh nampak (dalam gambar la) bagaimana vitamin dibentuk lapisan demi lapisan. Vitamin akan terbebas pada lapisan terluar dan diikuti lapisan seterusnya. Formula ini pun mempunyai MATRIX tersendiri bila layer vitamin perlu dibebaskan.

Okei dah faham konsep sustained release? SR Vita C Plus Shaklee pula menggunakan formula by layer. 100mg vitamin C akan dibebaskan setiap jam, lapis demi lapis sehingga ke jam ke 5.

Jadi selama ini, jika anda dapat consultation dari pengedar lain supaya mematahkan (mengunyah) SR Vitamin C untuk mempercepatkan penyerapan, terutamanya ketika tidak sihat, selsema dan sebagainya, pendapat itu adalah SALAH.

Analoginya begini..

Badan boleh menyerap 200mg vita C per hour. Bila dipatahkan, kita telah memutuskan MATRIX asal vitamin tersebut. Jadi 500 mg vitamin C akan dibebaskan sekaligus, sedangkan badan akan menyerap 200mg vita C sahaja pada jam tersebut, jadi lagi 300mg vita C akan terbazir dan disingkirkan melalui urine.
Oleh itu, cara terbaik adalah dengan mengambil 2 biji vita C tanpa patahkan, setiap biji membebaskan 100mg ,dalam sejam badan akan mendapat 200mg. Jam seterusnya layer seterusnya akan membebaskan 200mg sehingga jam ke 5 kita dapat 1000mg dari 2 biji SR vita C plus.
Haa..faham tak vitamin terbaik pun tidak dapat memberi kesan terbaik jika kita mengambilnya dengan cara yang salah. Kan dah membazir tu. Jadi, telan terus SR vita C plus anda ye.

Jika anda mengambil vitamin atau ubatan yang berformula Sustained Release,
SILA JANGAN KUNYAH, PATAHKAN, ATAU HANCURKAN,
(terutama vitamin B dan ubatan sintetik) kerana pembebasan kandungan vitamin yang banyak sekaligus boleh mengakibatkan gejala overdose dan ketoksikan yang membahayakan termasuk kematian.

So lepas ni untuk dapatkan kesan yang lebih menyeluruh dan bagus just telan je sr vitamin c tu sahaja. Baru tak membazir kan.

* sharing dari imm hassan










Comments

Popular Posts