Saturday, 10 January 2015

Telur oh Telur...

Pernahkah anda rasakan pada satu ketika banyak sekali pilihan dan peluang buat duit yang muncul di depan mata?

Bermacam-macam peluang anda nampak. Kawan A buat hartanah meletup-letup, kawan B buat duit dengan emas, kawan C pula kaya raya hasil bisnes online.

Dan anda pula? Kalau boleh nak tau dan nak buat semua. Boleh lah kaya cepat sikit.

Kami ingin kongsikan kisah “fokus pada telur sendiri” hasil perkongsian Tuan Umar Taib ini sebagai pengajaran.


 " Ciki. Seekor ibu ayam.

Ciki sedang mengeram telurnya yang sebiji.

Pandang sebelah. Eh sarang sebelah ada 2 biji telur. Kalau aku eram lagi banyak anak aku.

Ciki angkat bontot dan pindah ke sarang sebelah.

Eram. Eram.

Pandang sebelah. Eh sarang sebelah ada 4 biji telur. Kalau aku eram lagi banyak anak aku.

Ciki angkat bontot dan pindah ke sarang sebelah.

Eram. Eram.

Pandang sebelah. Eh sarang sebelah ada 6 biji telur. Kalau aku eram lagi banyak anak aku.

Ciki angkat bontot dan pindah ke sarang sebelah.

Eram. Eram.

Tiba-tiba Pak Akob datang. Masuk reban dan ambil telur. Untuk dibuat telur dadar, telur mata kerbau, telur separuh masak dan char kuey teow telur dibasuh.

Aduh. Ciki menyesal. Kalau aku duduk mengeram diam-diam kat telur dulu, mesti sempat menetas. Walaupun sebiji. "


Pengajarannya, fokus dan buat satu persatu.







Pengalaman sendiri dah pernah berniaga kek coklat ngan husband... Tapi tak fokus.. letih sangat.. bila dengan shaklee feeling tu lain macam dengan group jutawan yang sangat membina. Alhamdulillah sekarang dah merasa income bulan-bulan 3x dari gaji sekarang.

Betul lah kata mentor PM Cery. Fokus tu sangat penting. Klu tidak fokus apa pun busines kita buat susah nak berjaya. Nak merasai income yang saya rasai sekarang meh saya ajarkan.










No comments:

Post a Comment