RESEPI : DONAT GEBU

Hahahaha. Serius memang gebu. Bukan orang je tau gebu donat pun kalau betul cara uli dan resepinya memang lembut dan gebu. Anak buah sebelah rumah pun teruja bila mak lang dia bleh buat donat ala-ala BIG APPLE. Betul belum ada perisa je lagi. Perisa-perisa tu next episod ye.
So hari ini akak nak share RESEPI : DONAT GEBU ni. Bak kata orang Caring Is Sharing. Ilmu sediket yang ada ini kita share lah bersama-sama kan.

RESEPI : DONAT GEBU

Bahan-bahan

500gm tepung gandum 
210ml air suam
2 sudu marjerin
1 sudu teh garam
3 sudu susu pekat manis
1 1/2 sudu besar gula 
1 bungkus mauripan (11gm)
sedikit air sejuk dalam peti sejuk (guna apabila adunan belum lembut)


Cara Menyediakan

1. Masukkan susu pekat dan gula dalam air suam dan kacau sebati baru masukkan mauripan.
2. Dalam mangkuk, masukkan tepung dan garam, buat lobang di tengahnya dan masukkan marjerin dan adun mesra semua bahan.
3. Tuang mauripan ke dalam adunan dan uli kesemuanya hingga menjadi doh.
4. Uli adunan hingga doh lembut, jika belum lembut masukkan air peti sejuk dan uli lagi.
5. Terap dengan acuan dengan menggunakan pengelek.
6. 5 minit kemudian donut akan kembang dan bolehlah di panaskan api dalam kuali.
7. Guna api yang kecil dan minyak yang agak banyak untuk tenggelamkan donut.


Nota :

Tips goreng donat agar tidak serap minyak, donat tu jangan diterbalikkan selalu.
Kalau nak frozenkan donut, cukuplah hanya matikan yis dengan memasak donut sekejap sahaja.
26 biji donut gebu telah terhasil. Kalau korang guna acuan lagi kecil. 52 biji dapat dinikmati



Bagi sapa-sapa yang betul-betul follow resepi ini memang menjadi donut gebunya. Anak-anak lah yang paling suka. Sibuk nak menekap sama. Sabar jelah anakku. Boleh jadi aktiviti santai bersama anak-anak. Dieorang makan dengan seronok nya. Tu yang paling best.



Selamat mencuba kawan-kawan.

Comments

Popular Posts