TIP : 9 JENIS MAKANAN BAGI MEMBANYAKKAN SUSU IBU

Aduhai.. Rindu pulak time mengepam aisya zara dulu. Berkejar-kejar masa kerja nak mengepam. Belum kira terlepas waktu lagi. Start lah basah. Alhamdulillah rezeki Aisya full breastfeed sampai setahun lebih. Ibu dia ni yang tak consistent jadual mengepam. Padahal susu banyak je.
Last week ada kawan yang baru naik keje bertanyakan cara mana nak tambahkan susu badan. Sebabnya skali pump dapat siket je katanya. Lepas sharing dari pengalaman dan yang penting juga berfikiran positive time tengahari tu dia dapat pump 5 Oz ada improvement dari pagi tu dapat 3 Oz je. Dan pepagi lagi semalam dia mesej kata dapat pump 8 Oz time subuh. Alhamdulillah. Seronok tengok kawan-kawan usaha nak bagi anak full breastfeed. 
Pagi ni saja je goggle apa dia MAKANAN UNTUK BANYAKKAN SUSU IBU.
1. Lobak Putih
Anda boleh parutkan lobak putih tersebut dan direndam di dalam air suam sebelum diminum begitu sahaja.
2. Buah Longan Kering
Rebus segenggam longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli sehingga kembangUntuk rasa yang lebih sedap,masukkan sedikit gula merah. Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina.
3. Kacang Tanah
Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, si ibu digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Kacang tanah sememangnya kaya dengan protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus.
4. Kurma
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu,maka dengan pengambilan kurma ini,ia dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Malah ia juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera yang diperlukan terutamanya buat ibu menyusu.
5. Pucuk betik/Betik muda
Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda dan minumlah dua hingga tiga kali sehari. Pucuk betik atau betik muda ini juga boleh dimakan mentah dan dimakan bersama nasi sebagai ulam-ulaman.
6Halba
Rendam sedikit halba dengan air suam dan minum airnya.  Anda juga letakkan halba ini di dalam masakan seperti sup, kari atau nasi.
7. Habbatus Sauda
Habbatus Sauda adalah salah satu makanan sunnah yang diamalkan Rasulullah.  Ramai ibu tidak tahu bahawa ia dapat menambahkan susu si ibu. Malah ia amat berkhasiat sehinggakan Rasulullah pernah bersabda, bahawa ia berupaya mengubati pelbagai penyakit kecuali maut.
8. Jantung Pisang
Boleh di celur dan dimakan seperti ulam-ulaman atau lebih enak dimasak gulai lemak.Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan.
9. Kacang Soya
Makanan berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu diketahui umum berupaya menambah pengeluaran susu ibu. Walaubagaimanapun, pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini.
Pengambilan Air Putih Yang Banyak
Si ibu yang menyusu mestilah kerap minum air putih supaya tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan.  Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang.  Si ibu disarankan meminum air putih sekurang-kurangnya tiga  liter sehari.

Masa breastfeed kan aisya dulu faz ada gak amik suppliment untuk tambah susu ni jugak. Selain untuk bagi tenaga juga. Mudah telan je. 






JAMINAN KAMI

Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam
  • Selamat (sijil Halal dan kelulusan KKM)
  • Semulajadi
  • Berkesan
  • Piagam ini telah diikrarkan semenjak lebih 50 tahun lalu, dan kini masih teguh berpegang padanya.
  • Shaklee Difference: Always Safe, Always Works, Always Green.

MENGAPA SAYA?

Saya merupakan pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultansi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda.


PENGHANTARAN

Anda boleh memilih untuk COD. COD boleh diadakan di sekitar Kuala Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, ILP Gong Badak, Uniza dan UMT. Pos juga boleh diatur ke seluruh dunia samada menggunakan khidmat Poslaju, City-Link, GDex atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda. Tempoh normal untuk penghantaran ialah 1-5 hari bekerja.

PEMBAYARAN

Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun Maybank dan CIMB atau Western Union jika anda tinggal di luar negara.


SAYA NAK BELI SET SHAKLEE!

Untuk mendapatkannya, anda mempunyai beberapa pilihan:
  • belian online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit
  • belian di cawangan Shaklee terdekat (ID: 869908)
  • hubungi saya di talian WhatsApp / Telegram 019.3494.550 (Fazlina) untuk sebarang bantuan



Anda juga boleh dapatkan produk ini terus daripada saya. Hubungi saya untuk dapatkan rangkaian produk Shaklee dengan konsultasi percuma atau pendaftaran sebagai ahli Shaklee.


Ur Trusted Shaklee Independent distributor

Fazlina bt Rosli
SMS/WhatsApp : 019.3494.550
FB Page: fazlina rosli
Instagram : ibufaidhanazarajualshaklee

Comments

Popular Posts