Monday, 2 November 2015

MAJLIS IHTIFAL TADIKA CAHAYA WARISAN

Sabtu baru-baru alhamdulillah dapat menghadirkan diri ke Majlis Ihtifal Tadika Cahaya Warisan bagi Sesi 2015.




Di awal majlis anakanda bujang ku memulakan majlis dengan membaca terjemahan surah Al - Alaq. Alhamdulillah. Sejuk perut ibu mengandungkan faid 9 Bulan. Walaupun tidak sampai 9 bulan pun. Yelah induce kene paksa bersalin awal. 

Dan yang paling membuat kan hati ibu sebak dan bangga dengan anak bujang ibu ini apabila mendapat Anugerah Pelajar Terbaik. Ibu sendiri tak sangka. Sebab ibu dia ni sokmo lah sibuk. Kalah PM. Sian ke anak-anak banyak belajar kat sekolah je pun. Ibu sangat-sangat berterima kasih pada ticer-ticer yang mengajar faid di TCW.


 Anak-anak syurga ibu




Anak dara sorang ibu tu pun dapat hadiah jugak. Periksa dapat nombor 2. Lagi lah ibu tidak percaya. Balik bila check buku semuanya tak tahu. Rupa-rupanya dia perform masa kat sekolah. Uwan yang datang jauh dari n9 pun tak sangka cucu dia ni dapat hadiah.



Tengok lah perangai si kakak tu. Buat ibu geram je. Ibu doakan abang, kakak dan adik akan lebih berjaya dan menjadi anak yang soleh dan solehah. Tiada apa yang mengembirakan hati ibu selain kejayaan anak-anak ibu. 

Alhamdulillah. Allah kurniakan anak-anak syurga ini kepada ibu. Walaupun ibu selalu jadi harimau kat rumah. Lepas tu pandai plak buat lakonan semula cara ibu mengamuk tu. Sabar je lah ibu.

Terima kasih kepada ticer-ticer di tadika dan taska Cahaya Warisan yang banyak mendidik anak-anak ibu ini. Hanya Allah yang dapat membalas ilmu yang telah mereka curahkan. Amin.

Khas untuk anak-anak syurga ibu
*faidhanazara*




Suppliment kegemaran anak-anak syurga ibu


No comments:

Post a Comment